Blogger Layouts

Wednesday, 18 July 2012

sang arjuna 3 : would u be my girl?

'study week' ahh.berat mate memandang buku yang bereselerak atas meja.nota2 panduan ilmu yang aku timba,ku gagahkan mengkaji.aku sedar tanggungjawab sebagai mahasiswa yang harus aku juangkan.terbayang muka encik Ismail khamis tatkala aku asyik membelek nota 'math method' yang ku gelar,subjek membunuh saraf.

perut sudah bermain lagu keroncong yang pasti minta diisi.aku hanya mengharap makanan turun dari langit menerpa aku.haha..angan2 kosong.lantas kubiarkan perut bersendirian tak ku isi kekosongan.kutumpukan kembali mata ku diatas sekeping nota yang agak bertempiaran dengan angka.dan aku tumpu.

sudah beberapa hari aku dan si dia mengorak langkah perkenalan yang lebih akrab.jauh dari biasa.mengisi kekosongan dengan berbalas pesanan ringkas.kadangkala bergurau ,kadang terselit soal hati.saat itu sengaja aku menukar topik perbualan hinggalah semalam.

"would you be my girlfriend?"

aku terkedu dan sekali lagi hati aku membeku.nota cinta itu aku buka dengan rakus kerana kesukaran mengeluarkan dari belon tiada udara.mate aku sekali lagi berkaca.masih boleh lagikah aku menaruhkan hati ku pade insan bernama lelaki?atau ini hanyalah permainan musnah yang datang dari kaum adam.aku serik.

ku biarkan nota itu tanpa jawapan.bukan untuk menyiksa.tetapi aku tak sempurna.aku harus mencari kepastian.ku simpan kemas kembali nota itu didalam sebuah botol kampai.minuman kegemaran yang baru aku kenal.

lemak jari : sabarlah dulu wahai hati.