Blogger Layouts

Tuesday, 17 July 2012

sang arjuna 1 : aku dan belon hati

mate semakin kututup rapat,alangkah terhad ruang duduk ku di dalam proton saga berwarna biru kelautan ini.huh,namun aku gagahkan mate yang layu. kerana tadi cuping telinga aku sempat menangkap rancangan mereka untuk menyambut tahun baru.haih,kalau bukan dia yang selame ni aku perhati tak mungkin aku menukar kembali fikiran untuk pulang ke universiti.membayangkan katil yang tersergam indah menunggu kepulangan tuan amat menyiksakan.

mari aku perkenalkan dia yang aku maksudkan.seorang senior fakulti ,kami sama gigih berpersatuan.mengisi kekosongan waktu pelajaran dalam alam bergelar mahasiswa.apalah yang boleh dilakukan dengan hanya memandang tidak pernah berhubung mahupun dalam laman sosial.ku simpan kemas dalam hati.hari ini dia yang aku maksudkan memandu kenderaan beroda 4 membawa kami si gadis untuk ke kenduri kenalan .bukan itu yang menjadi tajuk utama.

setelah tamat kunjungan kami di teratak persandingan kenalan,kami teruskan perjalanan ke mall berdekatan.hanye kerana 'malam masih muda' jiwa remaja tidak mungkin lepaskan peluang menyambut tahun baru di celah kesibukan bandar.tersenyum aku teringat rancangan bersama rakan.sengaja aku pilih kerusi belakang pemandu hanye kerana mahu dekat dengan si dia.huh,mengeluh lagi aku kerane kenikmatan itu hanye sementare.untuk pulang ke bandar bukan si dia lagi yang memandu.namun aku yakin kami akan berhenti di suatu tempat.aku hanye menunggu.

sekali lagi hati aku berdebar selaju keretapi bawah tanah kuala lumpur apabila si dia berdiri berdekatan dengan aku .hanya tiang yang memisahkan kami.ouh,tidak.aku hanye harap waktu terhenti seketika.sempat mate aku tercacap,dea yang menyisir kemas rambutnye ditiup angin malam.ade sesuatu yang aku tertarik di sebalik kaca mate itu.sesekali aku terpandang si dia dan redup pandangan balasnya dengan senyuman yang tampak ikhlas.

kami teruskan perjalanan dalam melihat orang ramai bersorak gembira apabila percikan bunge api nampak meriah.mate aku sekali lagi terpegun melihat belon hati.hati aku menjerit dan ingin sekali merampas dari kanak2 kecil yang berskirt hitam berbunga2,namun dipegang rapi tali ditangannya.sungguh aku berharap ade sang pujangga yang datang memberi belon hati pada saat itu.namun hampa.

aku ajukan persoalan kepada pengunjung , namun hampa juga jawapan yang aku dapat. mate aku seperti berkaca.aku harus terima hakikat yang belon hati tidak mungkin aku miliki.ingin aku padam hati yang lara.aku hanya megikut kehendak rakan2 .bermain dipusat hiburan teluk danga malam itu mungkin satu pilihan yang tepat.ku laburkan sejumlah wang untuk menikmati keenakan malam di dalam cawan gergasi yang berputar.kadang kami diatas dan kadan berputar ke bawah.terdetik juga aku ,itu juga roda kehidupan manusia. bersyukur aku pade yang satu,sempat aku merasakan nafas malam hingga detik ini.hatiku bersorak gembira namun tak terpapar di wajahku tatkala di dalam cawan itu hanya kami bertiga.aku dia dan rakan.peluang keretapi hati ku berjalan laju kian luas.arhh,begitu hebatnya perasaan yang Allah berikan.

memilih untuk bermain basikal.namun,terfikir juga aku malang yang bakal menimpa dengan berbaju jubah maxi berbunga2.agak  mustahil untuk kaki aku mangayuh.aku turutkan saja kate hati.naah,hati ku betul,aku dapat duduk sebelah si dia,kadangkale sengaja aku mencari topik perbualan hanya kerana ingin memulakan bicara.licik.

sedang asyik kami berjimba,ouh tidak.aku seperti cemburu,namun aku tak pasti.si dia girang mengejar basikal penuh dengan si dara jelita.namun siapalah aku,ku turutkan sekali lagi kata hati.sedang aku lihat keasyikan mereka,ahh..kaki aku terluka.mungkin itu malang yang menimpa.pedih rasa kerana daging yang kini bogel tidak berkulit.aku tidak perlukan rawatan jadi aku diamkan saja.namun aku salah.seperti jatuh ditimpa tangga,kini jalan aku tidak lagi seperti manusia normal.hilang keayuan sebagai gadis berjubah seketika.aku gelakkan saja diri aku.

si dia yang tampak bersalah atas insiden yang berlaku,ku tatap tangannya dengan kemas mengambil dompet disisipkan belakang seluar.lantas dia hulurkan pelekat kecemasan.aku hanya menyambutnya dengan senyuman.mate yang penuh dengan persoalan dea hulurkan.namun kakiku lebih penting ketika ini.dalam langkah perjalanan pulang,si dia terus mengajukan soalan yang aku jangka.bertanya khabar kaki ku yang luka.namun aku hanya menggeleng menafikan keperitan sang kaki.

pengahiran tahun baru ku begini.tidak dapat belon hati malah ditambah kesedihah kaki.aku hanya pasrah.ku tutupkan kedua mata ku rapat sedang rakan ku berbicara di tempat duduk hadapan.aku hanya membayangkan katil yang sedia menanti tuan. " terima kasih haziq,happy new year.. :D " satu senyuman hambar penuh dengan keletihan ku berikan.kututup rapi pintu kancil putih itu.setelah ku cuci badan yang penuh dengan keringat,ku letakkn perlahan kepala ku menikmati keempukan bantal.tersenyum teringat akan perilaku si dia.aku jatuh hati.

baru aku mahu menutup mate,satu pesanan ringkas aku terima.angka yang tertera tidak aku simpan.lantas ku buka, "hai..kaki okay tak?sorry eh tadi,tak sengaje.." ku tebak itu dia.hati ku kembali berbunga,berbalas pesanan hanye seketika.ahir tahun baru yang hiba kini bertukar ria.ouh,aku tutupkan mate dengan senyuman nipis .mate ku kembali berat .kini aku berlayar dalam mimpi setelah berdoa pade ILLAHI, semoga dapat aku meneruskan ranjau kehidupan esok hari.

lemak jari : aku terus menunggu siapakah arjuna yang akan memberi belon hati.