berprogram pula kadang boleh mengeratkan kadang juga pencetus belahan.yang pasti aku hanya lihat satu kumpulan yang bercelaru dan yang atas dianggap agung dan yang bawah di anggap kuli bergajikan amarah.tak adil.aku seperti berbuat keputusan yang aku tahu jawapannya.keluar dari berpersatuan dan menongkah hebat ke alam pelajaran.tetapi komitmen,dan tanggungjawab belum dapat aku tunai.tidak mahu disoal nanti.aih.berat rasa.bagai batu di kepala yang menindih tak mahu dialih.
kesihatan diabaikan.tekak perit menelan .bagai ada jarum terselit di sebalik urat yang tidak mampu dikeluarkan.suaraku bertukar alun.gaya2 teruna bila mendengarnya.tergelak aku teringat adik yang terdiam jangka lelaki yang bercakap dengannya.haha.tapi aku kini mula berjinak dengan ubat.mungkin lebih semangat ketika arjuna menjadi peneman ke pusat kesihatan.seperti biasa arjuna tidak pernah membuat aku risau.kadang aku cemas,arjuna tetap menghadiahkan sorotan mata yang sentiasa menuntun.membuat aku lebih tenang dan tidak keseorangan.terima kasih.
aku hanya berharap.agar hari esok lebih tenang,dan semalam akan setia menjadi dorongan.
