Ouh cuti hujung minggu yang menyeronokkan, semangat aku
balik, nak tengok muka mak, nak tengok muke abah . nak manje2 ngan mak.nak pow
abah abc wak man . Nak ajar min spm, nak buli adik. Haha, banyak betul visi dan
misi. Puas !
“mak, betik belakang tu kalau dah masak, letak dalam peti
ais eh? “
“jangan risau lah, takde hantu betik selain kau kat rumah
ney”
Telan air liur aku kalau terbayang betik belakng rumah. Selalu
aku berlumba dengan tupai sapa dapat dulu. Yang penting, aku tetap juara
bertahan :D
Nampak jek kereta abah dekat stesen bas, kalah polis trafik
aku tahan abah. Dengan bangganya pipi abah aku cium. Menyeringai bagai kera tak
mandi, aku suruh abah bawak laju2 nak jumpa mak ngan adik2 kat rumah .
tak sempat mak jawab salam, terkedek2 aku lari dengan bag pack bagai ibu kura2 lagaknya. pipi mak aku kucup, tangan mak tak lepas aku genggam.
"mak , betik mana? " tanpa rasa bersalah.
"anak bertuah, betik dicari. mandi tak lagi , sembahyang tak lagi, tak jumpa adik2 lagi..gi mandi dulu sane"
ceyh. hampa =,='' sambil mengheret cengkerang kura2 aku tadi, cepat aku ajak min dan bibi mandi. usai mandi, aku akan bertukar menjadi tupai betopengkan manusia.ngeh ngeh
tanpa membuang masa, kami bekerjasama melahap betik yang sejuk sampai menusuk ke tulang gigi. yang penting impian aku tercapai.
"zai, kau belajar okay?"
"okay jek, bolehlah ganti najib dah besar nanti" haha. sambil aku usap2 bulu di kaki mak.
"tengokkan min ngan adik. min tu nak spm, biar ikut macam kau. adik takpe, duduk depan mata mak jek"
"iye,dah terlebih tengok dah mak sampai pakai spek dah ha. risau " sengaja aku membesar2 kan mata.
"mak taknak susahkan yang dah kawin, dengan anak laki bini nak jaga. kau tu, dah besar. mak umur 20 dah dapat ude"
"wow! nak kawin jugak boleh? ngeee"
pap! peha aku bagai terkena mercun das. mak ney takde warning nak singgah kan tangan dia lah.
malam yang cukup indah. berborak meluah rasa. melepas kan segala rindu. aku ketawa, mak tersenyum. aku menagis mak pulak diam. aku bercerita, mak mendengar. bila aku mengadu mula mak menyusun nasihat. sambil tocang rambut mak tinggalkan pesanan. kadang mak pula bercerita tentang adik2. mak bayangkan masa hadapan.ya, malam yang cukup mewah dengan kasih sayang.hingga aku terlena.
.........................
"zai, zai ,,boleh sembahyang tak? subuh dah.."
sambil terasa seperti badan ku ditepuk2.
ouh aina. mata ku terkedip mengimbau indahnya mimpi semalam, mana mak? mana mak pergi? aku hanya mampu merintih dalam hati. aku bermimpi lagi.
hati aku terbeban dengan rindu. ya Allah, rindu aku pada mak tak tertanggung. aku mahu mengulang mimpi semalam dibuai mimpi indah bermanja dengan bonda tersayang.
izinkan ku ya Allah. biarkan itu mainan tidur agar dapat aku berkasih dengan mak.
air mata menitis ku usap. aku sudah biasa bertemankan air mata.
lemah kaki ku melangkah. sebak di dada . ya, aku harus berteleku mengadap illahi. bila2 saja aku akan menyusul mak kemudian hari.
aku berjanji menjaga adik2 , ya janji yang pasti.
tapi aku rindukan suara mak, belaian mak, rindukan senyuman mak
.
.mak, zai nak betik sejuk2 dalam peti ais boleh? nak sikit jek .
sampai sekarang zai tak reti tocang rambut sendiri, mesti ade yang terkeluar2.
abah dah tak amik zai lagi, kene naik bas. zai dah lame tak jumpe abah. abah ade mak baru :'( tapi lain dari mak. tak sama langsung. zai tak boleh manja2 lagi. adik2 selalu nangis bile talipon. zai taknak jadi gembeng depan diorang, tapi kadang2 ternangis sikit. lagi2 bila dengar cerita bibi.tapi zai jaga diorang, kadang2 rindu abah , tapi abah taknak jumpa pun :'( mak, nak jumpa boleh?. nanti nak cerita banyak. tulis tak best.
nak mandi, sayang mak. sangat. jangan lupe taw ! sayang sangat2.love you ! mmmuah2 ! =* . !!
zai
.
