Blogger Layouts

Saturday, 21 December 2013

mulia.luhur.

"nama dia nabila, kitorang panggil dia bella jek. rajin weyh, selalu buat kerja sorang-sorang. kalau kau tengok dia kat dapur , dia selalu buat kerja sambil dengar lagu."

"alah, dia sebaya kita, pandai gila spm dia banyak gilaaa A."

"cantik, dia sorang jek pakai tudung, kau tengok lah nanti.."

"dia orang sini jugak, alah tak payah risau, dia peramah..:D"


dua bulan berkongsi hari yang sama,
mencari rezeki, menampung diri,
makan, tidur, berjalan, bercerita hal dunia,
cukup untuk aku dan dia bina satu ikatan,
ikatan yang aku kira ukhwah persahabatan.

dulu kami berbeza, lupa sementara akan tugas kami di dunia,
lagi kan aku,
berhibur semata, mencari rezeki tidak kerana illahi,
hati aku retak , meyeringai syaitan mengajar aku rentak.
rentak pemusnah di zahir dengan satu maruah.

NABILA, luhur dan mulia ertinya.
nama seindah rupa,
alhamdulillah, terima kasih ya rabbi,
kau temukan kami ,
siapa sangka, dari sini aku belajar buang satu persatu batu yang aku bina untuk ke jalan yang hina.
jalan ke neraka..

"bell, aku tak reti pakai tudung .. tapi nak pakai time kerja nanti."

"bell, ajar aku pakai selendang macam kau. aku pakai selekeh jek"

dari dia aku belajar,
perlahan menutup kepala,
perlahan berhentikan tayangan percuma kepada yang tidak berhak.

"bell, aku nak stop menari, tapi aku takut. sebab aku macam terikat dengan tanggungjawab"

"bell, ape aku nak buat, nanti apa orang lain kata kalau aku stop tiba-tiba?"

hari- hari aku cuba, menghitung dari jari hati,
berhenti berdansa di pentas dunia,
yang menempah jalan ringkas ke pentas jahanam.
syukran ya rahim,
syukran ya Rabb,
kau jadikan dia ,sandaran penguat hati bila aku taksub akan pesta sementara.


alhamdulillah,
ya latif,
kuatkan jambatan yang sama-sama kami bina untuk ke syurga,
kuatkan hati kami dari tergoda dengan perhiasan dunia,
kuatkan iman kami untuk bercinta kepada muhammad dan kau sang pencipta.
cukup kau bagi kami, cukup kau segalanya ..
:)

*hadiah kepada si pemilik nama NABILA AZAHAR :)

terima kasih untuk semua yang manis bell. :)
hihi, rindu.. rindu infiniti.

assalamualaikum :)