Blogger Layouts

Thursday, 20 March 2014

Teori tegar.

"Kelas tak pernah miss"

"Kerja asignment siap"

"Ngadap buku kali kali"

tapi pointer kemana.result jatuh tak tunjuk tanda naik langsung.

"kau belajar main main "

"Kau berangan time belajar"

atau

"Itu tahap kau.tuhan uji kau"

Aku percaya pade usaha.
Bukan aku goyang kaki tunggu ilmu dikunyah hati.
Tak.aku hari hari berlari.
berpeluh dengan ilmu semalam.
teori teori nombor yang selalu selubung aku.
Kata kata angka yang nyata sehari hari aku sedar ia hebat.

Tapi. Aku masih meraba.
Merangkak dengan keputusan yang hampa.
Ujiankah?atau hadiah.
DIA yang tentukan.
Nyata aku percaya pada usaha.
Cukuplah setiap aku sehari membaca.
Buktikan teori yang pasti aku mencuba.

Akan aku pekakkan halwa dari mulut manusia.
Aku bernafas bukan kerana harta semata.
Ini aku ,aku yang faham siapa aku.
Aku pasti tuhan lagi tahu.
Jalan mana yang harus aku tuju.

"Aku cuma berdoa.
Mudah mudahan ilmu aku disiram berkat.biarlah sedikit.semoga setiap bait aku dirahmat.
Aku berdoa,biar dilapang dada sempit ,
Kerna jiwa aku meronta menahan sakit.
kerana tuhan tahu betapa aku sedih
Kerana jalan aku hanya dia yang fasih ."