Blogger Layouts

Thursday, 19 July 2012

sang arjuna 4 : kisah terbongkar

"hahahah,bye beb..:D"
lantas telefon samsung corby yang baru ku beli aidilfitri yang lepas ku letakkan di atas meja.sisa senyuman masih lagi ku simpan.tergelak mendengar celoteh eja,rakan baikku yang sama2 membesar waktu sekolah menengah.bersusun nasihat yang diberikan.menaikkan semangat aku dalm kehidupan.sedikit sebanyak aku telan.aku mengeluh.

jam sudah menghala ke angka 11.namun mate ku seperti berat ditindan sesuatu.aku harus lelap.dengan langkah longlai aku menghayun kaki ke tandas.cuci muka dan gosok gigi.sepit rambutku ku buka lalu ku rebahkan badanku ke atas katil.sempat aku mencapai telefon bimbit di atas meja.sengaja mengharap pesanan dan panggilan yang aku jangka.aina sudah tidur,teman sebilik yang baru ku kenal.

ku baca satu persatu pesanan berbunga yang dikirim.satu folder simpanan khas ku cipta untuk pesanan2 yang membuat hatiku ceria .'encik awan'.

namun aku terus mengelamun.
"zai,naik sekejap jom kita borak2.."pelik.azim izzudin,rakan encik awan yang sama juga dengan aku memperjuangkan persatuan.ku lihat bersama haziq dan fasihah.ahh,pasti ada sesuatu.hati ku sedikit terkedu tapi ku turutkan hayunan kaki menaiki satu persatu tangga yang aku sendiri tak pasti.

di gelap malam bawah pohon gergasi,kami duduk berbicara soal hati.berbagai soalan diatur dan diaju.yaa,aku harus menyusun ayat supaya aku tidak terlanjur dalam kata-kata.di hadapan aku dan fasihah mereka bercerita.mendedahkan apa yang aku sendiri tak tahu.keliru.si dia yang aku gemari juga mempunyai perasaan yang sama.tidak hairanlah begitu pantas kami serasi.arrrh

ku imbas kembali detik2 perkenalan mencari kebenaran critera yang mereka sampaikan.naah,kini aku faham.begitu hebat aturan tuhan.menemukan dua jiwa yang meronta ingin disatukan.begitu hebat keagunganNYA.tapi aku mahu kebenaran melalui aturan bibir encik awan.

aku terlena.dibuai mimpi.mimipi dalam senyuman.

lemak jari : dua jiwa yang meronta ingin disatukan.