"ha,nak datiing lah tu. untuglah.."teguran yang sudah aku jangka dari fasihah.hanya gelak tawa bagi soalan yang aku pasti dia sudah tahu jawapanya.bukan senang untuk aku jatuh hati.kubiarkan perkenalan kami sekadar teman biasa.sudah lama kami berkenalan.city square.bermacam jenis hamba Allah aku jumpa.kanak2 yang berpakaian seragam sekolah seperti tiada hala tuju.bukankah sepatutnya mengulangkaji di rumah.ouh teringat seketika pada adik2 aku .rindu.
kembali mata aku tercacap pada sekujur tubuh berdiri tegap dihadapanku.ku hentikan lamunan lalu ku berikan sepenuh perhatian pada perbualan.agak kaku tatkala mentutur bicara.mungkin mencari keselesaan.kadangkala berbunga hati melihat dea meghadiahkan senyuman.si dia tampil ringkas tshirt kelabu dan jeans hitam nampak kemas dengan kasut everlast salah satu jenama kegemaran ku .terpikat.
setelah selesai menonton cerita di layar pawagam,turutkan langkah kaki bersiar .mengambil angin di teluk danga pada waktu petang.ironinya memang kegemaran aku memandang lautan bebas ,melihat langit luas . sesekali ingin aku menjadi burung,terbang bebas tanpa batas.ahh,aku perlu kembali pada realiti.
sesekali aku kagum dengan butir bicara si dia.bercerita tentang keindahan dunia.kisah seimbang antara kehidupan sebelum dan selepas mati.bercerita tentang ilmu alam,mahupun ilmu hati.terselit juga kisah keluarga, aku dan dia bertukar cerita.kisah lawak jenaka yang mencuit,menampakkan tawa gigi kemas tersusun rapi.cukup aku memuji kerana pujian tidak lebih kepada yang di atas.
pertemuan pertama yang agak berbeza.mungkin benar hati aku meronta untuk mendapatkan kasih dari si dia.tapi aku tak harus gelojoh.
mungkin hari ini menjadi titik permulaan bagi aku dan dia.ape yang aku harapkan,agar si dia terus memikat sekeping hati ini.mungkin terlampau awal.jadi aku harus bersabar.
lemak jari : kuharap ini bukan pertemuan terahir.
