Blogger Layouts

Tuesday, 31 July 2012

sang arjuna 6 : ingin menjadi layang-layang.

seperti biasa setiap tahun aku tidak akan terlepas berpesta.walaupun tidak hebat aku bermain ,tetapi  pesta layang-layang pasti menjadi kunjungan.ape yang menarik tahun ini,bukan sahaja bersama keluarga.tetapi bersama si dia.kali ini blouse pendek belang2 kelabu hitam yang baru ku beli online menjadi pilihan.selendang hitam yang terletak di kepala ku lilit ringkas agar tidak berkibar tatkala menaiki kuda putih kesayangannya.

tulus dari hati banyak perkara yang aku kagum.semakin lama semakin ku kenal isi hati si encik awan.memiliki barang2 peribadi hasil titik peluh sendiri.gajet canggih,ipod.kuda putih bertayar dua,kamera dan banyak lagi.hebat.nah,mungkin tepat jika dijadikan calon suami.haha,aku tergelak sendiri.angan-angan.

terlihat megah layang2 pelbagai bentuk , rupa dan saiz di awan.tertarik aku dengan lady bird yang kadang terapung kadang rebah ke tanah. pesta yang disertai pelbagai bangsa dari setiap perosok dunia mungkin.orang ramai kian berasak,dan aku harus pastikan aku tidak ditinggalkan.takut.matahari kian trpancar tapi samar.kerana hujan terlebih dahulu singgah pagi tadi.angin pula kadang ada,kadang hilang.layang2 tidak banyak yang terhuyung hayang.tiada rezeki.


pilihan yang tepat juga,tshirt hitam kosong yang dipakai menampakkan susuk tubuh yang agak berotot mungkin.naah,cukup juga setakat itu kerana aku juga tidak gemar tubuh seperti atlet angkat berat.err,takut.


sambil aku dan si dia bercerita, mata aku fokuskan juga pade pandangan lain.nah,terlihat sekujur tubuh yang besar memimpin dua kanak2 kecil.baru kelihatan isterinya di belakang.sengaja aku berbalas pesanan ringkas kerana aku tahu abang ku yang ke 4 itu pasti ke pesta juga.mungkin pertemuan awal yang ku atur ringkas cukuplah perkenalkan si dia sebagai kawan terlebih dahulu.tiada sebarang komen yang diberikan.mungkin aku sudah cukup dewasa.ya, dewasa.dan layak bercinta.ceyh.

aku hanya mengikut atur alam.mugkin satu hari nanti akan aku perkenalkan si dia kepada seisi keluarga.bukan terlebih,tetapi sekadar memperknalkan dengan siapa aku berteman.kerana saat ini aku teringin menjad layang2 kepada encik awan.aku dapat terbang bebas bahagia di sampingnya walau masih lagi bertali.tali yang diikat kemas di tangan ayahnda.ku berdoa lima tahun lagi, tali itu terikat teguh di tangan encik awan.moga termakbul.

lemak jari : pesta layang2 disamping pesta bunga dalam hati.