tersenyum aku tengok mak bawak megi kari panas2..sengaja aku mintak cili potong lebih..hehe..telur kuning alar2 separuh masak aku cucuk dengan kejam guna gerapu besi.kenikmatan cecair kuning telur aku amati.likat.sempat aku ketuk bahu min yang tersengguk2 menunggu megi ayam nya siap dimasak.ceh,tak tahan pedas.abah sedang menggodak2 air teh suam2 air tangan isteri tercinta.yan pula tak nampak batang hidung kalau sahur.aku memang semangat.tengok perut lah .di mata mak aku berpuasa penuh sedari umur aku 9 tahun.tapi aku pasti rahsia aku makan sembunyi tatkala mak tidur masih tersimpan rapi.aku harus mencapai misi puasa penuh untuk dapatkan beg tangan berbulu bentuk hati dan kasut berlampu.ya.
setelah selamat megi bersemadi dalam perut ,seperti ular kekenyangan gamaknya.ku turutkan tubuh 'doremon' ku ke kepala katil,membaca niat ,menutup mata dan dibuai mimpi.mak kejut subuh,ku biarkan.pagi2 lagi terdengar mesin basuh berbunyi.bising.kaki ku atur kemas melangkah ke dapur tengok2 mak tengah buat apa.seperti sudah ku tebak,mak sedang menyapu halaman.malas ku mahu menegur mak,nanti aku pasti mak menyuruh ku mandi.sejuk.ku hambakan mata ku ke kaca tv.bosan.
pagi2 lagi abah sudah ke kedai ,berniaga.mencari rezeki kami sekeluarga.bermacam2 perniagaan abah cuba,tapi aku tak pasti.yang penting abah gembira.kata abah ,gaji peneroka tidak cukup untuk membesarkan kai ber9.aku iakan saja.terbayang wajah abah,pagi2 lagi sengaja aku tunjukkan muka seposen di depan emak.mengharap mak tak manyuruh ku kedai 'cik yem' membeli lauk untuk berbuka.malas melalui jalan semak diekori nyamuk2.yan pagi2 sudah tiada.entah kemana,malas ku ambil tahu.ku tarik tubuh adikku yang berumur 7 tahun itu mandi bersama.air kolah yang ku benci.sejuk sampai ke tulang!
usai memebersihkan diri,tersengih ku melihat ikan kerisi di dalam plastik.yeay!!tak payah pergi kedai.."zai tolong mak beli asam keping,yan lupa nak beli.." ouuhhhh,mengeluh panjang aku berikan.pelbagai alasan aku hadiahkan.namun tak siapa berani membantah.kaki yang longlai ku atur satu persatu sambil tangan memimpin min di jambatan.ingin saje aku terbang dalam sekelip mata asam keping tumbuh ditanganku.khayalan.mak tidak berhenti buat kerja.seperti tak puasa tenaganya.membasuh kain,menjemur,menyapu halaman,menyapu rumah.membuat kuih untuk dikongsi ke jiran.tak tidur.manakala aku sudah terbongkanng di atas peha mak sambil menonton cerita hindustan.
selalu ku rebut kasih sayang mak dengan adik2,namun aku yang harus mengalah.cis.pantang peha mak kosong,pasti ada yang singgah.mak mengusap kepala aku dan adik tiur bersama.min pula ringan kakinya mengikut abah menjaga kedai.aku malas sebab panas.apa yang pasti abah akan membelikan air soya serta kacang kegemaran upah ku berpuasa.
sedar2 sahaja,aku sudah terlena di atas kerusi rotan yang empuk.mak ntah kemanna,adik pula mana perginya.kedengaran bunyi blander di dapur,huh pasti mak memasak.ku pejamkan kembali mataku,tapi tak boleh.ku cuba sambung mimpi bertemu lelaki kacak di pasaraya giant,tapi tak terlena.huh.bergegas aku menyapa mak di dapur.bukan niat untuk menolong,sengaja aku mahu menghidu aroma terenak di dalam dunia,masakan mak.
selepas mandi,aku ada tugasan harian.perlahan mak masukkan pengat pisang untuk bertukar juadah dengan jiran.selepas memakai baju kurung bunga2 dipadankan sluar trak suit,aku melangkah kaki ke rumah' mak inah'.ibu angkatku.meleret senyuman melihat kuih donut yang gebu daripada jiran sebelah kananku itu.jiran yang lain adalah tugas yan,mak siah pula tugas min.tak sbar menanti waktu berbuka.ku serahkan pinggan berisi donut ke pade mak.ku ambil satu lalu ku letak kukuh di atas piring ku nyorokkan bawah tudung saji.emak memarahi aku,tapi aku biarkan sifat tamak melawan cakap mak.
sayu kekadang melihat mak berjalan perlahan membwa pinggan dan dulang berisi cawan untuk kami.tapi mak tak bagi,mak kate berat.aku hanya ditugaskan membawa lauk turun dari meja,membentang tikar dan mengambil botol kicap.mata ku bersinar melihat juadah aneka di atas tikar.jam menunjukkan pukul 7.huh.mengeluh.tatkala itu aku berharap masa menjadi sepantas motor abah.abah masih membaca surat khabar di depan.barangkali sambil menunggu waktu berbuka.hanya aku ,min dan adik tabah menanti dihadapan air soya kegemaran kami.yan sibuk melayan handphone 3310 hadiah dari abah.berlagak.tunggu nanti aku tingkatan satu pulak.cehh
azan berkumandang,yeayy.teriak hati ku,mengambil sebiji kurma lalu meneguk air soya yang ku tambah dua kali.pantas tangan ku mencapai pinggan ,mengambil separuh ikan kerisi asam pedas dan sayur kobis goreng.kenyang.mati selera kepada kuih muih.berlari aku mendapatkan abah yang sudah siap memakai songkok menunaikan solat maghrib.selepas solat,ku lihat mak sedang terbongkok2 mengemas lauk.ku jeling ke dapur,yan sedang membasuh pinggan sambil telefon di tangan.mak menyuruh aku lap tikar,malasnyaaaaa..
terdengar deruman honda bulat abah ke terawih,mak tak ikut,mak kata mak jaga kami.aku nak tonton tv,siaran2 ramadhan menanti.bunga api yang abah belikan sengaja kami simpan tunggu abah balik terawih.rindu pada along yang duduk di rumah bik yam.angah pula kerja malam.ude ntah kemana.acik ke rumah kak shikin mungkin.dud pula asik membuta.takde siapa layan kami main bunga api,terpaksa tunggu abah.
tengok mak sudah bersedia dengan tugas hariannya.lipat kain.sangat banyak.maklumlah kami 8 beradik.aku hanya sibuk mengacau.sesekali menolong emak,tapi aku tak pasti lipatan yang aku buat ,kadang segi tiga kadang segi empat.abaikan.sementara menunggu abah,min sudah terlena.aku masih lagi gagahkan mata.adik asik menyusu.comel.mate ku kian rapuh.belaian tangan mak di kepala kian membuat aku terbuai.
.............................................
donut yang aku beli di bazar aku telan sedikit demi sedikit.air mata yang bertakung ku kesat dengan hujung tisu.rindu pade mak tak terkata.kini aku sudah pun berumur 20 tahun.sudah 6 tahun mak pergi.meninggalkan kami.aku percaya mak lebih disayangi yang esa.teringat aku akan donut yang ku nyorokkan bawah tudung saji 11 tahun yang dulu.andai dapat ku putar sedikit masa ke lampau,takkan aku biarkan mak masak sorang2 pagi2,bsuh kain ,sidai di ampaian,berpanasan menyapu laman dengan sendiri.takkan aku biarkan mak ternanti2 siapakah anak yang sanggup ke kedai.rindu pada peha mak yang gebu.tangan mak yang tak jemu mengusap lembut ubun2 rambutku.suara mak yang memarahi aku.air tangan masakan yang enak.wajah mak yang ayu memakai telekung mengajak ku menyembah illahi.ahh,sungguh hebat rinduku tatkala ini.
kini,potret mak ku jadikan peneman.tiada siapa dapat mengganti.memoir bersama mak ku abadikan.percayalah,mak wanita yang hebat.tabah,taat,pandai duniawi dan akhirat.tak membezakan kasih sayang antara kami.sentiasa menjadi pembela tatkala tiada siapa di sisi.wajah mak yang senantiasa mengiringi tatkala kami memulakan langkah kaki waktu subuh amat sayu.ya Allah,aku rindu.rindu pade emak ya Illahi.benarkan ku kucup tangan mak sekali lagi.benarkan aku melihat senyuman mak,tubuh mak yang memeluk kemas tubuhku.benarkan aku yaAllah.kini,kasih sayang mak yang aku damba.sungguh sakit rasanya.aku mahukan emak.sungguh benci diri ini pada yang tidak bersyukur mempunyai mak.
tidak pernah mereka rasakan mahu mak hidup kembali.tolonglah sahabat.mohon anda sedar diri.mak tiada pengganti.jika mak pergi mak takkan kembali.. betulalh realiti setiap yang bernafas,bila sudah tiada baru terhegeh menghargai.aku silap.kini,aku berserah pada ya rabbi.moga mak ditempatkan dalam golongan orang yang diredhai,di berkati di sisimu illahi..
![]() |
dua wajah kesayangan hamba :D |
lemak jari : aku rindu.aku ingin mak di sisi.aku menagis sendiri.
