aku cuba mencari kesempurnaan dalam diri.walaupun ianya mustahil,tetapi realitinya semua mahu menjadi pari2 yang punya tongkat sakti.kadang2 aku marah dengan diri aku.punyai keinginan yang seorang putera juga tak dapat tunaikan.walhal aku manusia biasa.apa yang ada pada diri aku?tiada satu af'al yang boleh orang senangkan.
kalau ikut nafsu kiri,aku biarkan sifat pentingkan diri! degil! mengada2! gedik! bermaharaja lela.tapi siapalah aku,aku bukan siapa2. aku lebih gemar menjadi nafsu kanan ku. menjadi kepentingan keluarga. sedaya upaya menjaga hati dan perasaan sekeliling. betul lah. blog adalah hasil tangan di mana diri sendiri dapat dibela,melepaskan apa yang tersekat di hati. yang baca menentukan,dan buat keputusan.
"awak tak faham saya"
"saya tak faham apa?"
"awak tak faham situasi saya"
aku sedang cuba menjadi seorang yang utama bagi diri seseorang.pelikkah ayat aku?biarkan.aku keliru dengan apa yang aku fikirkan.percayalah,aku taknak menyusahkan sesiapa.
aku juga tak pasti apa yang aku buat di laman sosial pada jam 5 pagi ni.ada sesuatu yang ingin aku ceritakan.ya,tapi biar aku telan.aku keseorangan?tak.aku ada air mata yang sentiasa jadi peneman.hey!jangan salah anggap.sebab tu aku suka menangis.aku tak keseorangan.
assalamualaikum..
kepada bakal pemilik hati.maaf jika hati ini susah dijaga senang terluka dan sering menyakiti. tapi percayalah. hati ini juga mudah dirawat.senang juga jumpa penawarnya. hati ingin menjadi bidadari. di beri perhatian setiap masa. dilayan elok tiada cela. tapi hati ini juga sedar, tidak mampu menjadi seperti bidadari. cukup sekadar elok dipandang,dan berusaha menjadi sang matahari. maaf sekali lagi. jika tidak mampu untuk menjaga lagi,nyatakan.hati ini sentiasa faham .percayalah.
mumu
