Blogger Layouts

Wednesday, 15 August 2012

buat F.N :)

teringat akan sahabat.pedih cerita cintanya.ku susun satu persatu sedari aku gelar dia sahabat.kadang aku rimas dengan watak lelaki yang mendekati. ade yang pelangi dihadiah pada awal,belum sampai ke tengah ribut petir sudah menyinggah.semalam kami berborak kembali. bercerita tentang kisah lama.bukan sengaja membuka luka yang dah berparut.sekadar mengingati untuk pengajaran diri.

banyak yang meninggalkan.ntah ape salah sahabat.tertanya2 aku.tapi siapa kita untuk menolak takdir.teringat aku akan lelaki yang juga aku kenal sewaktu di matrikulasi.ouh,aku di lantik sebagai orang tengah.mata aku juga tak muak menyaksikan mereka berdua.tatkala itu ramai menghulur tangan mengucap tahniah.lelaki yang hadir tampak matang,kemas dan menyenangkan.aku sebagai sahabat juga menyokong.ape lagi yang aku dapat zahirkan selain tawa dan gembira.

sepetang mereka habiskan masa bersama.tak pernah hujung minggu mereka kosong.cemburu juga kadang kala.jarang mendengar pertelingkahan.mereka berdua hebat mengatur kasih.kadang aku kagum dengan sahabat.sabar hatinya melayan kekasih kadang tak terjangkau dek akal.tetapi tak sangka aku,lelaki matang yang dulu ibarat jatuh lututnya menagih kasih ,rupenye cetek minda memainkan perasaan.arh,hati serupa tisu tandas.!!

tersentap hati melihat pasangan kekasih di depan mata.bermesra ibarat tiada hari esok.lelaki itu aku kenal.ye,sangat kenal.jengkel.berbelah bahagi ,takut terluka si sahabat ku diamkan saja.kuatur bicara agar elok hati sahabat dapat menerima .tiada apa boleh sembunyi lagi,seperti sudah di tebak,mereka bertelingkah.bukan niat aku masuk campur tapi dia sahabat yang harus aku suakan pil sedar.

tak sanggup aku melihat mata yang sedu tatkala si jengkel mengambil keputusan sendiri.bodoh.oleh kerana seorang perempuan yang baru dikenali,sanggup meninggalkan cinta yang ku kira sejati.ahh,lelaki.entahlah.aku peracaya pada takdir.doaku tidak putus agar sahabat cukup cekal.kita juga masih muda.percayalah,jodoh itu akan datang suatu hari nanti..ouh2,aku juga mengingatkan diri sendiri :)

"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”-hamka