Blogger Layouts

Thursday, 9 August 2012

satu nota jiwa.


jangan sang arjuna mengira bintang umpama si buta
sungguh indah hikayat 
berpuitis,berkias
menyedarkan penuh ikhlas......

buruknya aku menghukum dunia.masa silam yang terus berjoget dihadapan retina mata.maaf.siapa punca?tepuk dada, buka mata,tanya jiwa.akhirnya aku ungkapkan apa yang tersimpan.mohon sang arjuna tidak melirik tajam.pilihlah,intan atau permata ,yang pasti kau yang menentukan.

berlumba lumba afal buruk bercangkaliwang dalam diri.tanpa henti.tapi itu dulu.benar,ingin sekali aku menyarung sandal yang baru.mencipta koktail kehidupan yang manis.bukan dari campuran yang busuk untuk dihidang pada tetamu hati.arjuna,percayalah.mungkin silap aku dalam berkata.menerbit rasa hina.hatiku ampuh.mendengar nada suaramu yang bertukar.aku boleh gila.

aku mempunyai satu nota jiwa.bukan untuk di catat atas kertas kosong yang akan renyuk tatkala dikeronyok.tetapi simpanlah dalam hati tercipta elok oleh ILLAHI.akan aku persembahkan kepada kau satu hari nanti.adicita kita sama.menjadikan yang belakang untuk menjadi insan di hadapan.

mungkin aku ajak kau ke lantai tari,tapi sedarkah, kau mengajakku ke pentas dansa.disaksikan mata2 dunia.terima ksih,kau mengajarku bertatih kembali.menepis semua memoir cinta palsu.bagai anak kecil aku mengekor langkahmu.mengajar aku bersabar.menunujukkan aku erti cinta setia.kagum.lontar tawamu menunjukkan cara menangkis nostalgia yang bertaut seperti kiambang.bersaksikan bulan dan bintang,aku sentiasa gembira bersamamu.terima kasih arjuna.

sedarkah kau betapa kacaknya hatimu.mempunyai mentaliti yang matang melayan sifat kanak2 ku.gemar aku melihat senyummu.tapi aku sedar ,kau dambakan senyumku kekal sedangkan kau terguris.terima kasih.tapi itulah aku.mumu.aku ingin jadi yang terbaik.mungkin mustahil.aku masih dangkal dengan ilmu dirimu.aku masih menimba.kerna di saat ini sudah sampai satu perasaan aneh.perasaan tidak mahu kehilangan.kau cukup istimewa.maaf kerna terlalu mencinta.tetapi aku juga sudah bersedia dengan kebarangkalian.buruk mahupun indah.apa yang pasti detik ini akan aku pertahankan jambatan kasih yang sengaja aku biar tercipta.

aku terus menunngu detik sah,kau paut tanganku menongkah arus dunia yang sentiasa beralun.



mumu

lemak jari : saye tengah jerit 'saya sayang awak!!!' dengar takk?? :D