Blogger Layouts

Wednesday, 3 April 2013

ya hanana. :,)

cukup dengan kurung hijau berselendang merah jambu , balutkan kaki dan jemari agar terbatas aurat si gadis pada yang boleh dilihatkan sahaja. riang di hati, sengaja memakai si hijau untuk pergi majlis ilmu, dikellilingi malaikat2 Allah, untuk berselawat pada kekasihNYA. dewan sultan iskandar sesak dengan penagih2 ilmu, kagum sungguh si gadis melihatnya. dengan pakaian lengkap si muslimat dan segak besunah si muslimin. subhanaLLAH. si gadis teruskan langkah kaki, memilih tempat duduk diatas dan sekali lagi si gadis kagum , UTM BERSELAWAT dengan izin Allah, mengundang beribu umat rasulullah untuk sama2 bertaut suara beselawat ketasnya.

terdetik di hati si gadis, adakah sang arjuna melangkah sama menjadi salah seorang penagih kasih rasulullah di bawah sana. lama berfikir, sempat menghantar pesanan ringkas. cepat2 si gadis perbetulkan niat. lupakan duniawi , dan kejar akhirat yang hakiki. 

kelibat ustaz don, habib ali, dan kumpulan almaulid mennggemparkan suasana. yang bersalaman, yang sibuk dengan media , muslimat2 sungguh beruntung .alhamdulillah, ada lagi remaja yang berlumba-lumba mendapatkan salaman para aliman. walaupun ramai yang dilihat terkinja bersalaman tak kira lelaki mahupun perempuan di majlis yang penuh dengan iblis laknatullah. 

apa yang menarik perhatian si gadis bukan lagi tetamu utama, tetapi sekumpulan pelajar tahfiz di atas pentas. mula-mula dikira semuanya biasa, ya Allah, mereka teraba-raba mencari temat duduk. saling berpaut, tangan tak lekang di bahu dan toleh ke kiri dan kekanan bagai tataw apa yang berlaku. nyata, mereka tak dapat melihat. yaAllah,bersyukurlah si gadis, air mata menitik tanpa dipinta. mereka hilang satu  nikmat dunia, hanya merasai kegelapan, mereka tak dapat menatap dan rasa nikmatnya melihat dunia ciptaan ya rabb. tetapi mereka lah lebih dari semua, gelap pandanganyya tapi terang hatinya bercahaya. hilang satu sumber maksiat mata. ya Allah, bagai tak tertanggung perasaan waktu itu.fi amanillah.

dewan berkumandang dan bersahutan dengan selawat ke atas muhammad ya rasulullah, kekasih Allah, al amin dan pembawa segala kebenaran.terasa meronta hati ingin berjumapa baginda. tenang hati tatkala berselawat. mengigil tubuh menahan hiba. si gadis nyata belajar mengenal , menanam cinta dan Allah yang maha berkuasa, hati si gadis bukan lagi milik manusia, tetapi nyata Allah tautkan supaya dekat denganNYA .indahnya perasaan , hanya Allah yang tahu..

banyak yang diajar dan banyak yang si gadis belajar. penuh kyusuk menangguk ilmu, terkumat kamit berselawat mengikut rentak  merdu.terasa ingin waktu dihentikan agar suasana dirasai setiap detik, setiap saat yang berlalu.indah sungguh majlis ilmu, malaikat turut sama serta mengaminkan doa yang di baca. mengusir segala keresahan jiwa. Allah membuka hati sigadis yang dahulunya resah bagai tida hala tuju.terpegun dengan kata-kata habib ali sampaikan pesanan rasulullah, " tak akan sempurnalah iman seseorang itu, jika kasih dan sayang nya terhadap sesama mereka melebihi kasih dan sayangnya terhadapku" . tersentap, bagai terhantuk sedar ketika jatuh, itu yang selama ini dikejar. yaAllah, si gadis memohon, agar Allah bukak hati dan tunjukkan jalan yang benar tatkala itu. bagai ingin bersujud memohon ampun , si gadis terduduk tak mampu mendongak.

sedar berada di lorong yang salah, si gadis memohon agar Allah yang berkuasa, tunjukkan sesuatu. keliru dengan cinta yang hadir, kini si gadis meletakkan cinta Allah cinta pertama, cinta rasul dan kitabnya cinta kedua. mencurah cinta ketiga kepada keluarga. dan bolehkah melabuhkan tirai kasih kepada sang arjuna? . si gadis mintak dikuatkan hati, agar mampu menadah takdir illahi. di dalam majlis penuh ilmu, dihiasi penuh cahaya malaikat Allah, si gadis meminta petunjuk andai benar dan boleh meletakkan cinta pada sang arjuna,tunjukkanlah padanya malam itu.

bila majlis ilmu itu berakhir dengan sempurna, setiap penagih ilmu punya niat tersendiri. wallahualam, Allah sahaja yang tahu, Allah seluruh pemilik isi alam. Allah beri kekuatan kaki untuk melangkah , kekuatan hati untuk menempuh. kaki dihayun bersahaja menyusur keluar dewan malam itu. diajak teman sepenimba ilmu pulang memandangkan majlis berakhir lewat malam. bagai tak terasa detik yang berlalu, waktu menyusur dengan cemburu. muslimin dan muslimat tampak bahagia , si gadis tumpang rasa gembira. ribuan penagih ilmu keluar melalui bebrapa pintu. risau si gadis kehilangan tuju tatkala kawan-kawan hilang dipandangan mata.

dihadapan beribu manusia, terdetik di hati si gadis, tak pernah pula terjumpa di mana-mana mereka ini. dewan yang sesak dengan orang yang berpusu-pusu, langkah menjadi kaku, lidah menjadi kelu. hati berdebar Allah sahaja yang tahu. menitik sekali lagi air mata tanpa diundang. dalam ribuan muslimin dan muslimat yang hadir, si gadis terpandang akan sang arjuna, berdiri di sebelah pintu.ya, Allah dah kabulkan permintaan si gadis agar tunjukkan sesuatu. perasaan keliru terbang ditiup angin malam. si gadis percaya , dia perlu buat sesuatu. terus mencari keredhaan illahi dan merafak sujud penuh keikhlasan. syukran ya rabb (,: