hari ni hari jadi mak yang ke 50. macam biasa kumpul duit macam orang kaya. okaylah seorang RM5, darab 4 dah RM20 kan. macam-macam boleh beli, kalau tambah 3 kosong kat belakang boleh hantar mak ngan abah pergi haji sekali. hehe, tu bila aku dah jadi cikgu nantilah. oleh kerana adik belum sekolah lagi, aku terpaksa mintak kat mak RM5 untuk beli hadiah mak bahagian adik punya. yelah, mana aku nak cekau RM5 untuk adik. mak senyum jek time aku mintak. tau lah tu kite orang nak belikan hadiah mak.min pulak darjah 2, so dia bayar RM3 jek, aku ngan yan yang kene bayar extra sebab kami akak walaupun aku baru darjah 5, tap aku ada lah simpan duit tak makan kat sekolah agama semingu sebab nak cop tempat semayang asar kat masjid.
nak dijadikan cerita, malam tu aku usulkan cadangan dekat abah yang kami ber4 nak belikan hadiah mak, kira nak suruh abah delivery ke kedai 2.00 dekat bandar tenggara lah nak belikan hadiah mak. abah diam jek, garang wooo. aku, gigil tak gigil jek bersuara time tu. mahu pecah anak mata tengok muka abah.yan taknak naik bas, dia kata malu jek sebab dekat. tapi aku syak, yan kedekut lima posen nak gi sana. ceyt.
petang lepas balik sekolah agama , aku cepat2 cari abah, nak ajak pergi , takut mak tahu kite orang punya plan, aku lalu pintu belakang nak masuk rumah. orang pertama aku nampak min, dengan pantas min lari kat aku sambil rampas air tebu aku beli kat kedai wak nen dea jerit "bibi, zai dah balik! jom pergi beli hadiah mak ! " -urghhhhh =,='' spoil lah minzayanti arip ni. tak jadi lah nak terkejutkan mak. 10 saat lepas insiden yang menspoilkan tahap cipan tu, mak datang dan menghalang sekeras-kerasnya niat murni kami.mak senaraikan sebab musabab larangan dan kesannya pada masa akan datang.antaranya akan berlaku pembaziran dan kemelesetan ekonomi kami ber4 . dah tu kenapa mak bagi aku duit RM5 bila mintak bahagian adik. aisehh, harapan palsu.
aku merajuk dalam hati, dan zahirkan dengan air hujan yang tak sengaja keluar dari dua anak mata yang suci ni. apa lagi, bila aku cerita kan masalah besar ni dekat yan, yan cakap tak pe, tak payah beli. mana boleh ! payah lah, aku dah semangat nak gi kedai 2.00 belikan mak tudung saji baru mahupun sikat baru, dia boleh menyokong pembatalan rancangan yang gah tu.arggh
dengan itu, aku melancarkan mogok keluar bilik hanya pada waktu mandi dan makan, selain itu aku tak mahu diganggu. air hujan makin lebat tak tunjuk tanda reda. yan marah sebab bising, min blurr macam tak bersalah selepas insiden bocorkan rahsia petang tadi, adik masuk bilik tengok aku dan ketawa. dalam hati aku berkata "adik tak tahu apa2, aku pasti bila dah besar adik akan faham."
aku syak min bagi tahu abah yang aku tak berhenti menangis, arggh aku kene marah lagi. yang ni aku takut.jadi,aku ambil keputusan untuk buat2 berhentikan paip air kat mata ni sementara waktu. kalau tidak ada yang kena tidur luar bertemankan ikan flower hon barangkali.
setelah mata aku menunjukkan tanda kurang bengkak, aku keluar bilik sebab malas dengar yan bergayut dengan konon-konon pakwe dea ntah yang ke berapa. mentang-mentang lah abah belikan handset rama-rama. jam menunjukkan pukul 9.30 p.m. aku keluar aku tengok mak dah sarung baju kurung coklat dengan sekap kepala. adik dah pakai baju, abah dah pegang kunci kereta proton saga buatan malaysia yang abah beli dari kawan abah yang aku tak ingat nama dia. lantaklah . waaa ! aku terus masuk bilik , tukar baju ngan pakai seluar trak suit , terus ambil duit dalam dompet yang aku beli tikam dari kedai cik hashim.
takda lagi hujan mahupun gerimis, terus pelangi muncul kat mata aku. apa lagi, seperti yang diniatkan aku cakap dengan mak, tak boleh beli lebih dari RM20. aku nampak mak senyum jek, sambil dokong adik.abah tunggu kat kereta, aku , min , adik, yan masuk dalam kedai. sambil aku usha botol air ade tali kat rak sebelah, aku nampak mak ambil tudung saji, mangkuk, jug air, gayung, dan macam-macam lagi lah yang diperbuat dari plastik kat situ. aku happy gila. penat aku kejar adik yang asyik main dekat bahagian jajan jek, tiba-tiba mak panggil untuk bayar. aku tengok terbulat mata aku bila uncle tu tunjuk calculator dea, RM 34 ! aku buat muka kat mak, mak ketawa jek, terus mak keluarkan dompet mak dan bayar. fuuhhh selamat. aku takut kene jual sebab tak cukup duit.
alhamdulillah :) kite orang punya plan dah tercapai pun, balik kedai abah ajak makan prata, mak cakap terima kasih sebab belikan hadiah. mak cakap tak payah belikan lain kali. membazir. baik kumpul nanti nak masuk u. mak pesan lagi, nanti dah sekolah menengah nak pakai duit banyak dan jangan degil-degil lagi. mak kata kat aku jangan gembeng sikit-sikit nangis. mak suruh tahan jangan nangis .nanti kena buli. aku diam jek lah, sambil makan prata kosong 2 keping.gulp
............................................................
itu kisah 10 tahun yang lepas. saat aku masih punya nikmat kasih mak , saat mak masih berdiri gagah di depan. ini pula kisah tahun ini, saat aku bergelar seorang mahasiswi. memang aku tak pernah lupa tahun tu, aku tak pelik mana datang sifat merajuk , kuat nangis yang memang aku warisi sejak dari kecil.
aku yakin hadiah terbaik yang aku boleh beri adalah doa yang tak putus, doa yang bersungguh, surah yasin, surah al fatihah dan yang pasti menjadi seorang anak yang solehah.
ya Allah, aku memohon kepadamu, ampunkan dosa mak sedari lahir sehingga kini.kau ampunkanlah dosa mak sepanjang mak berusaha membesarkan kami, ya rahman yang maha pengampun, terangilah kubur mak sebagaimana kau terangi kubur para salihin. kau selamatkan lah mak dari siksaan azab kubur yang amat pedih sakitnya ya Rabb.rahmatillah mak ya Allah, rahmatilah mak yaAllah. letakkan lah mak disisi mu ya Allah, sesungguhnya kau maha pengasih, kau maha penyayang , kau pemilik alam semesta.. kabulkan permintaan ku ya rahim .. aamin
ya Allah, rindunya. rindunyaa. rindunyaaa. rindunyaaaa dekat mak :)
