Blogger Layouts

Tuesday, 18 February 2014

lekat

aku belajar lagi.
betul ilmu bukan ada pada buku,
jumpa lagi orang begini. yang mahu semua ikut hati.
habis dikongkong,
bebas teman teman tersekat dikerongkong.

marah, cipta serba salah,
konon teman semua yang salah,
dicampak jauh jauh semua sahabat,
sahabat yang bantu kau bernafas ketika kau sesat.
masa kau tersekat dalam lubang syaitan di laknat.

"kalau kita nak benci orang, ingat apa baik yang dia buat kat diri kita"

hati kau mesti dijaga,
jangan sampai kau terasa,
hati sahabat kau? kau selit mana?
marah kau maharajalela.
ada kau fikir mereka?
ada kau tanya kenapa semua?
yang kau buat,
memaki ibarat semua itu hina.

aku pohon selitkan sikit timbang rasa,
sekali lagi, dunia bukau kau punya.
kita kongsi, kita bernafas oksigen yang sama.
aku harap,
semoga ego setiap kau, setiap kita terbang , jangan sekali diminta pulang.